SELAMAT DATANG KE LAMAN PORTAL SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT 13 SEKINCHAN.

Monday, July 7, 2014

PROFIL SEKOLAH

VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Pendidik Negara Sejahtera.

MISI


Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.

DASAR KUALITI



SK Parit 13 bertekad untuk memastikan pendidikan dilaksanakan secara professional, efisien dan berkualiti bagi memenuhi kepuasanhati pelanggan.Proses melibatkan kerja sepasukan, kajian semula pengurusan dan proses penambahbaikan yang dilaksanankan secara menyeluruh dan berterusan.

OBJEKTIF KUALITI

  1.  Memastikan semua anggota dalam melaksanakan sistem pengurusan dan perkhidmatan yang berkualiti dan dapat memenuhi kepuasan hati dan kehendak pelanggan pada setiap masa.
  2. Memastikan semua anggota dalam organisasi melakukan penambahbaikan yang berterusan di dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka untuk memenuhi kepuasan hati dan kehendak pelanggan. 
  3. Memastikan semua anggota dalam organisasi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan diri melalui proses latihan yang berterusan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan. 
 
PIAGAM PELANGGAN SK PARIT 13

Kami warga negara Sekolah Kebangsaan Parit 13 dengan ini penuh tekad dan iltizam berjanji untuk menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
  1. setiap murid akan dididik sama rata untuk menjadi murid yang berdaya saing , berpekerti mulia serta cemerlang dalam akademik.
  2. memastikan kebajikan staf sentiasa diberi keutamaan dan diberi peluang serta galakan menambah ilmu pengetahuan sejajar dengan konsep belajar sepanjang hayat.
  3. mengamalkan sikap terbuka dan sentiasa menerima perubahan dan penglibatan dari PIBG, ibubapa dan ahli masyarakat sekitar dalam meningkatkan pembangunan insan yang cemerlang.
  4. sentiasa memberi kerjasama kepada PPD, JPNS dan KPM serta sentiasa berusaha menyampaikan maklumat dan data yang terkini dengan tepat dan betul.
 




 


No comments:

Post a Comment