SELAMAT DATANG KE LAMAN PORTAL SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT 13 SEKINCHAN.

Wednesday, April 7, 2010

SEJARAH SEKOLAH

Asal Usul Nama

Nama sekolah diambil sempena jalur perparitan dari kawasan Tanjung Sekarang. Perparitan ini dikira dari Parit Satu di sungai Sirih Tanjung Karang hinggalah berakhir di kawasan Parit Cangkat Sungai Hj. Dorani. Oleh kerana sekolah ini terletak di kawasan Parit 13 maka nama inilah diambil sebagai nama sekolah.

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT 13

Keluasan sekolah adalah lebih kurang 7 ekar dengan kawasan 4 ekar manakala selebihnya adalah kawasan sawah.

Sejarah Pengasas

En. Mustafa Bin Hj Zakaria dilahirkan pada tahun 1924 di Simpang 3 Rungkup Bagan Datuk, Perak. Berkahwin dengan Hjh Jamaliah dan dikurniakan 12 orang anak. 6 dari anaknya telah berjaya. Semasa hayatnya, beliau telah berjasa kepada kampungnya. Beliau adalah orang pertama yang menubuhkan SK Parit 13. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 26 Februari 1987.

 

No comments:

Post a Comment