|
Tambah kapsyen |
Assalamualaikum (w.b.t) dan salam sejahtera
Suasana persekitaran persekolahan yang ceria dan harmoni merupakan fokus
utama yang dititikberatkan dalam pentadbiran. Penekanan ini dilaksanakan
apabila sekolah ini dipilih mewakili daerah dalam Pertandingan 3K pada tahun
2006. Proses menceriakan sekolah dan persekitaran dilaksanakan sepenuhnya agar
dapat memenuhi peranan sekolah sebagai pusat pendidikan yang memenuhi kehendak
konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pelaksanaan
keceriaan dan keselamatan diperkemaskan dan dipantau selia dari masa ke semasa
untuk mengekalkan suasana ceria dan harmoni berada di tahap yang baik dan
memuaskan.
Proses pembinaan suasana yang ceria dan harmoni juga melibatkan
masyarakat setempat. Pelbagai program telah dilaksanakan supaya kriterianya memenuhi kehendak visi dan misi
sekolah iaitu melahirkan insan yang cemerlang dari aspek kurikulum dan
kokurikulum. Saya
berkeyakinan penuh dan meletakkan kepercayaan yang tinggi untuk memartabatkan
sekolah ini sebagai institusi pendidikan yang cemerlang dan menyeronokkan.
Situasi ini akan dapat melahirkan warga sekolah yang penuh dengan tanggungjawab
dengan persekitaran disamping mempunyai pencapaian akedemik yang cemerlang.Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih
kepada semua pihak yang berganding bahu menyumbang tenaga dan buah fikiran bagi
menjayakan program ini. Semoga semua sumbangan anda akan diberkati oleh Allah
di dunia dan di akhirat.
Sekian terima kasih
No comments:
Post a Comment